Ramai ibu bapa hari ini berkata:
“Anak saya sekolah harian biasa je… tak kisah pun tak masuk MRSM,SBP… ramai jer berjaya dan boleh masuk Universiti. Dapat kerja elok pulak tu!”
Betul. Tak semua yang berjaya datang dari SBP atau MRSM.
Tak semua yang ke sekolah biasa itu gagal dalam hidup.
Tapi, realitinya tak semudah itu.
Soalnya bukan tentang prestij sekolah. Tapi tentang ekosistem yang anak kita berada di dalamnya – yang membentuk cara berfikir, sikap dan jati diri mereka.
1. Sekolah Bukan Sekadar Kelas & Peperiksaan
Bila anak ke SBP/MRSM/Sekolah Terbaik, sebenarnya mereka bukan sekadar dapat cikgu yang bagus.
Mereka berada dalam persekitaran yang konsisten menekan potensi mereka.
- Kawan-kawan yang kompetitif (sentiasa bersaing untuk cemerlang)
- Sistem berjadual dan berdikari sejak tingkatan 1
- Peluang kepimpinan yang lebih luas
- Exposure kepada pelbagai aktiviti akademik dan sahsiah
Dalam jangka masa panjang, ini semua membentuk satu budaya kerja dan mentaliti daya tahan.
2. Anak di Sekolah Harian Pun Hebat – Jika Disokong
Tak dinafikan anak-anak sekolah harian biasa pun boleh jadi cemerlang.
Cuma cabarannya, mereka perlu lebih banyak rangsangan dari luar.
Kerana persekitaran biasa, jika tidak dibina dari rumah, boleh jadi terlalu selesa.
Apa ibu bapa boleh bantu?
- Galakkan anak aktif dalam aktiviti luar kelas (bukan fokus kepada exam sahaja)
- Bantu anak urus masa, tetapkan matlamat, buat refleksi mingguan
- Sertakan mereka dalam program luar seperti kursus kepimpinan, debat, forum remaja dan yang sealiran
Perkembangan EQ dan soft skills sebeginilah yang akan bawa mereka jauh – bukan A semata-mata.
3. Dunia Kerja Nanti Mungkin Tak Tanya Sekolah Mana – Tapi Majikan Nampak ‘Hasilnya’
Ada Majikan yang tidak kisah anak kita produk dari mana. Tapi ada juga sesetengahnya yang bertanya, “Awak sekolah mana dulu?”
Bukan sebab nak pilih berdasarkan nama semata, tapi nak baca kredibiliti latar belakang seseorang, dari segi pendedahan, potensi dan budaya kerja.
Walaubagaimapun apa yang lebih penting dari nama sekolah, mereka nak lihat:
💡 Cara awak jawab soalan dengan yakin
💡 Cara kendalikan tekanan dan cabaran kerja
💡 Cara awak bercakap & menyampaikan idea
💡 Cara bekerja (atau memimpin) dalam satu pasukan
Semua ni tak datang dari buku teks. Tapi lahir daripada pengalaman – berorganisasi, memimpin, buat kesilapan, dan bangkit semula. Dan banyak pengalaman ini… bermula dari zaman sekolah.
4. Jadi, Apa Tindakan Kita Sebagai Ibu Bapa?
Kalau anak kita tak masuk SBP/MRSM/Sekolah Terbaik, bukanlah satu masalah besar.
Yang jadi masalah bila kita pun berhenti usaha bina karakter anak.
Sediakan persekitaran sokongan di rumah.
- Jangan terlalu longgar, tapi jangan juga terlalu tegas
- Libatkan anak dalam keputusan kecil – ajar mereka berfikir
- Pupuk nilai berdikari, tanggungjawab dan adab dalam komunikasi
Dan paling penting, jangan pandang remeh pengalaman hidup anak. Kadang mereka perlukan lebih daripada sekadar buku latihan tambahan.
✨ Jadi Kesimpulannya,
Anak tak semestinya gagal kalau tak masuk sekolah elit.
Tapi kalau kita sebagai ibu bapa tak bantu mereka tempa diri sendiri, itulah yang lebih menakutkan.
Bukan semua orang dapat peluang keemasan, tapi kita boleh cipta peluang dengan bimbingan, galakan dan kepercayaan.
“Bukan di mana mereka belajar, tapi bagaimana kita bantu mereka bersedia untuk hidup.”