Semalam, keputusan UPKK diumumkan. Anak-anak yang mengambil peperiksaan ni begitu teruja!. Masing-masing sibuk menyemak keputusan secara online, ada yang tersenyum puas, ada yang terus memeluk ibu bapa dengan penuh syukur dan tak kurang juga ada yang sedikit kecewa dengan pencapaian masing-masing. WhatsApp Group pun riuh rendah-ibu bapa berkongsi keputusan anak-anak, ada yang bersyukur, ada yang sekadar sedikit memendam rasa dan ada juga yang berkongsi tips untuk adik-adik yang bakal mengambil UPKK tahun depan.

Namun, di sebalik kegembiraan ini, terdapat segelintir anak yang hanya mampu melihat dari jauh. Ada yang termenung, ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya menjawab soalan UPKK, dan ada yang hanya diam mendengar rakan-rakan berkongsi pengalaman.

Seorang anak duduk di satu sudut, tersenyum hambar, tetapi dalam hatinya ada perasaan sayu – kerana dia tidak berpeluang belajar di Sekolah KAFA apatah lagi nak menduduki UPKK.

Ibunya pernah berkata,
“Tak apalah, UPKK ni tak wajib. Lagipun nanti sekolah menengah bukan nak masuk aliran agama pun.”

Ada juga kata-kata dari ibu lain,
“Tak apalah, UPKK ni tak wajib. Lagipun nanti sekolah menengah pun ada Pendidikan Islam.”

Tak Penting Ker UPKK/KAFA Ni?

📌 Hakikatnya, KAFA bukan sekadar kelas tambahan

Ada ibu bapa yang beranggapan bahawa KAFA tidak perlu, kerana di sekolah kebangsaan sudah ada Pendidikan Islam. Tetapi, benarkah itu mencukupi?

Di KAFA, pembelajaran lebih berstruktur dan fokus kepada mendidik anak-anak dengan kefahaman agama yang lebih mendalam.
💡 Di sekolah kebangsaan, Pendidikan Islam lebih bersifat akademik – anak-anak belajar teori, tetapi tidak begitu mendalam dari segi amali.
💡 Di KAFA, pembelajaran lebih praktikal – anak-anak bukan sahaja belajar, tetapi berlatih dan mengamalkan ibadah secara langsung.
💡 Di KAFA, lebih fokus kepada pemahaman mendalam tentang ilmu agama yang menjadi benteng hidup anak-anak.

Bukankah lebih baik jika anak-anak kita mendapat pengukuhan agama sejak kecil, supaya mereka lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan?

📌 UPKK bukan sekadar subjek, tetapi asas ilmu agama yang lebih mendalam.

Di sekolah menengah nanti, walaupun ada subjek Pendidikan Islam, ia lebih mencakupi tajuk yang lebih luas, dan ia tidak sekomprehensif pembelajaran di KAFA yang menekankan asas fardu ain, ibadah, akhlak, sirah, dan Jawi yang sesuai dipupuk untuk anak-anak yang masih diawal usia.

📌 UPKK sebagai asas pembentukan jati diri

Ilmu agama bukan hanya untuk PEPERIKSAAN tetapi sebagai panduan hidup. Anak-anak yang diberikan asas agama yang kuat akan lebih mudah berpegang kepada nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Banggakah kita melihat anak berjaya, tapi Ilmu Agamanya kosong?”
Banggakah kita melihat anak hebat dalam akademik, tapi cetek dalam Asas Agama?
Banggakah kita jika anak kelak berpangkat tinggi dan bergaji lumayan, tetapi pegangan agamanya rapuh—Islam hanya pada nama, tetapi longgar dalam amalan? Hidup sekadar mengikut arus, tanpa menghiraukan batas halal haram dalam kehidupan?


📢 Sebagai ibu bapa, marilah kita sama-sama membantu membentuk anak-anak dengan persediaan ilmu agama sejak awal usia mereka. Ilmu agama yang dipelajari sejak kecil akan menjadi pegangan hidup mereka sampai bila-bila.

Namun, bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak ke KAFA, kami memahami bahawa setiap keluarga mempunyai pertimbangan dan alasan tersendiri dalam membuat keputusan terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin faktor seperti kekangan masa, jarak sekolah, komitmen lain, atau sistem pembelajaran yang berbeza menjadi sebab utama.

Apa pun keadaannya, pendidikan agama tidak semestinya terhenti di sekolah. Ia boleh diterapkan dalam kehidupan seharian melalui:

📌 Didikan di rumah – Membiasakan anak-anak dengan bacaan Al-Quran, solat berjemaah, dan doa harian.
📌 Pembelajaran alternatif – Menggunakan buku rujukan UPKK, kelas agama online, atau guru mengaji persendirian.
📌 Teladan ibu bapa – Anak-anak lebih mudah belajar melalui contoh, jadi kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan nilai Islam dalam kehidupan seharian.
📌 Perbualan dan peringatan – Sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang nilai halal haram, adab, dan akhlak dalam cara yang santai dan mudah difahami.

🌿 Ilmu agama bukan sekadar di bilik darjah, tetapi dibentuk melalui pengalaman dan amalan harian. Semoga kita semua dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak, agar mereka membesar dengan asas agama yang kukuh sebagai bekalan hidup di dunia dan akhirat. 🤲✨

Perlukan Contoh-contoh Set Soalan Peperiksaan & Jawapan untuk anak-anak di Sekolah Rendah & Sekolah Menengah?

Ibu bapa prihatin yang memerlukan contoh-contoh soalan dan jawapan untuk kemajuan pencapaian anak-anak dalam semua subjek di sekolah rendah & menengah, boleh klik gambar dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut.