Mendidik anak bukanlah sekadar menyediakan makan minum atau menghantar mereka ke sekolah. Ia adalah seni penuh kasih sayang yang memerlukan kesabaran, kefahaman, dan pandangan jauh. Namun, adakah cara kita selama ini sudah betul? Atau mungkin tanpa sedar kita sebenarnya mencipta tekanan buat anak-anak?

Jika anda mahukan hubungan yang lebih harmoni dengan anak, 10 tip ini wajib anda ketahui!

1. Anak Anda Sudah Sempurna. Anda?

Anak-anak lahir dengan keunikan tersendiri. Jangan cuba jadikan mereka ‘robot sempurna’. Kadangkala, kita marah bukan kerana kesalahan mereka, tetapi kerana kita sendiri tidak sabar memahami fasa tumbesaran mereka. Tukar kemarahan kepada kefahaman.

2. Jangkaan Tinggi Membunuh Ketenangan

Adakah anda sering berkata, “Kenapa lambat sangat hafal sifir?” atau “Macam mana nak jadi doktor kalau belajar pun malas?” Rendahkan sedikit jangkaan. Anak yang dihargai kerana usaha akan lebih bahagia, dan anda pun akan lebih tenang.

3. Fokus Pada Proses, Bukan Keputusan

Anak yang baru belajar memang perlahan. Itu normal. Jika kita terlalu obses dengan keputusan, kita sendiri yang akan rasa kecewa. Sebaliknya, puji setiap usaha mereka, besar atau kecil. Percayalah, anak yang dihargai akan jadi anak yang bersemangat.

4. Elakkan Menjadi ‘Ibu Bapa Ikut Trend’

Hari ini parenting cara A, esok ikut pula cara B. Anda letih, anak pun keliru. Jangan sibuk tiru kaedah orang lain. Kenali anak anda, kerana keperluan mereka unik. Cari pendekatan yang sesuai untuk mereka, bukan sekadar ikut-ikutan.

5. Berhenti Bandingkan Anak Anda dengan Anak Orang Lain

Tiada dua anak yang sama, walaupun mereka kembar! Perbandingan hanya akan melemahkan keyakinan mereka dan menjadikan anda ibu bapa yang lebih stres. Hargai keunikan mereka, dan lihat bagaimana mereka bersinar dalam cara tersendiri.

6. Pastikan Anak Tidur Secukupnya

Tidur yang cukup adalah asas kepada kesihatan dan emosi anak. Jadual tidur yang konsisten (6-8 jam sehari) membantu mereka lebih fokus, ceria, dan bertenaga.

7. Pelukan Adalah Bahasa Cinta

Tahukah anda, pelukan mampu meningkatkan hormon kebahagiaan dalam diri anak? Ia juga menjadi ‘penawar’ bagi tekanan mereka. Mulakan tabiat memeluk anak sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari, anda akan lihat perubahan besar dalam hubungan anda.

8. Ibu Bapa Juga Perlukan ‘Me-Time’

Bila kali terakhir anda berehat? Menonton filem kegemaran? Membaca buku? Anak memerlukan ibu bapa yang sihat dari segi emosi dan mental. Jadi, luangkan masa untuk diri anda.

9. Syukur Membuka Pintu Kebahagiaan

Anak melukis di dinding? Tumpahkan air? Tegurlah dengan berhemah, bagitahu anak apa yang betul dan apa yang tidak. Syukur kerana itu tanda mereka sedang membesar dengan sihat. Ubah perspektif anda, dan lihat bagaimana kesyukuran mengubah cara anda mendidik.

10. Doa adalah Senjata Utama Ibu Bapa

Ada masanya, walau apa sahaja usaha kita, masih terasa seperti tidak mencukupi. Di sinilah doa memainkan peranan. Mohonlah kesabaran dan petunjuk daripada Allah, kerana Dialah sebaik-baik pemberi ketenangan.

Anak Adalah Amanah, Masa Depan Mereka Bergantung pada Hari Ini

Nak anak anda cemerlang dalam Ujian UPKK kafa? Klik gambar!